Thursday, March 31, 2011

layannzzzzz...


tak sabar nak tunggu malam nanti..
nak tengok citer nih..

jom korang...
jam 9 malam karang kiter tgk sama2...


malek noor masuk icu


Rasanya semua orang dah tahu kot yang Malek Noor kini berada di ICU akibat serangan sakit jantung ketika bermain bola sepak. Kini Malek Noor berada di Hospital Pantai dengan keadaan yang dilaporkan stabil. Marilah kita sama-sama doakan semoga Malek Noor cepat sembuh.




P.S: Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Tak gitu?





tahniah my fren.. :))

hallu...ni nak share kegembiraan dgn korang jugak nih..
kwn aku yang samma time blaja dulu...
dah preggy skarang..yahuuu...
2 months ++  i think..

meriahkan...byk kwn aku yang dah kawen
n preggy thn nih...tumpang sronok jugak tau..,
ni haa...newly wed tuh...

.....

...

...

..


suweeettt kan.. :))
.

saya sayang mak saya :))

Isk.. isk.. isk.. Aku menangis, aku terkedu. Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.


Hamba-Mu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.
Hamba-Mu ini tak tahu menilai intan dan kaca.
Hamba-Mu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...
Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.

Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal memberi kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hamba-Mu ini...

Aku mengimbau....

"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."
"Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."
"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man.
Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"
Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.
Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu.
Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.
Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan.
Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya.
Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung.
Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu.
Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.
Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota.
Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia.
Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato' dan mempunyai dua orang cahaya mata - seorang putera dan seorang puteri.
Hati ibunya melonjak-lonjak ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu.
Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!
Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.
Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.
Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!
Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

"Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah" getus ibunya.
Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,
"Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?"
"Makcik nak jumpa dengan anak makcik"
"Anak makcik? Siapa?"
"Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik"
"Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan"
Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.
Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.
"Siapa kau wahai orang tua?"
"Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung."
"Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?"
"Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!"
"Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!"
"Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa"
"Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!"

Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu...
Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala.
Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya.
Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

"Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibumu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!"

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar.
Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut-turut dengan mimpi yang sama.
Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya.
Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!
Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.
Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

"Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?"
"Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?"
"Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?" herdik Fuad.
"Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?"
"Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru dua hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah"

"Apa?"

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!
"Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri."
Man mengambil surat tu dan membaca...

"Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,
Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.
Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.
Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.
Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.
Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat"

Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.
Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.
Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.
"Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!"jerit Rizman.

*****
Dari Abu Hurairah R.A:
Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?" "Ibumu." Baginda S.A.W menjawab. "Kemudian siapa?", "Ibumu", "Kemudian setelahnya siapa?","Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, "Kemudian siapa?" "Ayahmu"jawab Baginda Rasulullah S.A.W.

Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!

SUMBER:






kena 'ganggu' lagi????????/

as salam korang..
kali ni aku nak story dekat korang satu citer..
tak tau pulak ni kategori citer apa yer..
camni, lately rumah kitorang sering kena 'ganggu'
'gangguan' tu selalu bermain kat pintu dapur rumah kitorang..
agak lama jugaklah kitorang tak d 'ganggu' sejak peristiwa

sebulan dua nih, 'benda' ni asyik 'kacau' jer..
ni antara 'gangguan' yang aku ingat sejak peristiwa TUH..

1) aleesya siap melambai okeh dekat atas rumah kitorang..
lepas lambai2 tu, dia macam nak mintak d dukung pulak..
padahal time tuh takder sapa2 langsung kat tempat dia lambai tuh


2) satu malam tuh, lepas maghrib kalau tak silap aku...
aku tgh tidurkan aleesya kat bilik mak..
sambil2 tu aku pun baring skali..
aku terdengar la bunyi pintu kat dapur tu macam di buka & d tarik 
(blm sampai kena tutup)..
aku tanyala kat mak..naper main pintu camtu..
mak cakap takder sape2 yang main pintu masa tuh..
pintu tu di buka & d tarik sendiri..
kebetulan pulak, time tuh angin sedang bertiup kat luar..
aku dapat terima kalau angin tolak pintu tu dr luar..
tapi masalahnya, dr dalam pun pintu macam kena tolak..
dr mana pulak datang angin kat dalam rumah tuh..???????

3) time ni pun lepas maghrib jugak kalau tak silap aku..
tapi kali nih, kakak aku si CHERRY B pun ada jugak..
macam biasa, pintu d buka & d tarik macam yang no 2 tuh..
peristiwa ni sama jugak dengan yang kat no 2 tuh..
tapi kali ni lebih dasyat sebab lepas pintu tu d buka dan d tarik,
pintu terus kena tutup okeh..macam kena tarik dgn sangat kuat..
time tuh jugak, meremang bulu tengkuk kitorang..
siapa yang tutup pintu tuh?????????/

4) ni peristiwa semalam...ni pun lepas magrib jugak..
(asyik kena 'kacau' lepas maghrib jer kan)
dekat pintu tu jugak, KAKAK aku terdengar macam bunyi
'org' nak bukak pintu..bukan setakat kakak aku jer..
aku dgn mak pun dgr skali...macam2 bunyi yang kitorang dapat tafsirkan
ada yang macam bunyi pintu nak kena bukak..
mak pulak dgr macam ada 'org' sedang berjalan...
kakak aku try jugak tgk kat pintu tuh melalui tingkap dalam rumah..
tapi kosong okeh..takder sapa2 kat situ time tuh..
abes..sapa yang datang????????/

siapa yang 'dia' nak kacau ek..mintak2 lah kitorang
n family d jauhi dr segala macam musibah yang macam ni..
aminnn...


Tuesday, March 29, 2011

aku masih bz.. :((


morning korang..lama okeh aku tak hapdate blog ni..
mak bz noks...audit datang kat ofis nih..
tak leh nak buat apa2..
macam2 yang diorang mintak..

korang pulak apa cer?
aku act, ada  story yang aku nak sharekan dgn korang..
tapi nanti2 lah..
aku tak brani nak gitau dulu..
kalau dah sure n cmfrm, aku bagitau k..

pastuh pulak aku nak story dgn korang pasal
holiday time anniversary aku n en hubby..
tu pun nanti2 jugak tau..
huhu...semua nak kena nanti2 kan...

so, sampai ni jer lah k...
aku nak continue buat kja..
nanti2 aku update lagi tau..
(nanti2 lagi)..
hehe..






Friday, March 18, 2011

preggy sudah :))

morning korang...
pagi2 ni aku nak share 1 gud news dgn korang..

yippie...she's preggy now...
syukur sangat2..
lama okeh dia tunggu berita ni..
at last penantian dia ni berakhir jugak..
almost 1 year dia kawen..
nak tau siapa dia tu?
meh skodeng bawah

*****

****

***

**

*

*

*

*

*
tadaaaaaa....


this is azzunika @ kintan @ intan @ intan hernani @ puan hernanika
byk okeh nama minah ni...

hehe..i tumpang sonok tau..teringat pulak time mula2 aku preggy dulu..
btw, jaga dirik kitak kin...makan jaga..
gik mula2 tok kandungan kita sensitif gilak...

tahniah for u n husband k...


Thursday, March 17, 2011

jom beli rumah :))



aku tak ingat lah bila ek kitorang buat promotion nih..
yang penting, entry ni dah jadi pekasam..hehe..
tak kisah ler kan..janji hado...

btw, aku nak gitau yang syarikat kitorang ada jual rumah tau..
nak tau tak brapa ?
rm 295,000
korang nak tau rumah tuh jenis camner?
bungalow detached okeh..
murah sangat2 bagi rumah yang kategori banglo camtuh..

(yang laki2 tuh bos aku)

meh2, sape2 yang berkenan
inform aku tau...

happy bufday alif.. :))

happy bufday alif...
today is my nephew's bufday tau..
he is 7 years old now...
budak nyer kecik jer..
tak besau2...
hehehe

btw, meet my nephew...

(jari namapk macam ada inai jer kan..hehe..ni pic lepas kawen)

macam pompuan kan? ahakz..
pompuan tak jadi tuh..hehe

udak hope alif pjg umo n murah rezeki..
blaja rajin2...
boh malas gilak... :))

korang nak tau tak, he only request a story book for his bufday...
and a book shelves for him...
so sweet jek kan...huhu..

Tuesday, March 15, 2011

happy 2nd annyversary to en hubby n me :))


HAPPY 2ND ANNIVERSARY TO ME N EN. HUBBY..
(actually anniversary kitorang semalam..tapi baru sempat nak publish hari ni)
MACAM SEKEJAP JER MAS TU BERLALU KAN?
RASA BARU CAM LAST YEAR KITORANG KAWEN..

HUHU..BTW, HAPPY SANGAT2 DEAR
SEBAB BEING YOUR WIFE..

happy kitorang tu berganda2 pulak dgn
adanya budak kecik nih..

(mama n ayah sayang aleesya gilak
jadi anak yang solehah k syg..
blaja bna2)

Monday, March 7, 2011

happy 2nd annyversary sishta.. :))

korang tau tak?
hari ni merupakan hari yang bersejarah bagi
adik angkat aku ni ha...
today is her wedding annyversary tau..
(2 tahun dah sis ooo)


dan2 pulak, kegembiraan mereka bertambah2 dgn kehadiran
si debab ni...


actually aku kenal si aleefa ni sejak zaman friendster lagi..
n until now we olss masih  keep in touch tau..
(hope sampei bila2 sis oo)

**mk nak wish happy annyversary for both of you my dear...
hope kitak n family happy forever n ever..
may Allah bless you n ur family..amin..**



apa cer korang???



hai korang..lama kan aku tak hapdate blog aku nih..
btw, mak bz noks..byk keje...
byk bnda yang aku nak story kan korang..
tapi alih2 phone aku pulak tertinggal kat rumah..
so, tak dapek nak nolong..

apa citer korang last wiken? aku takder story menarik
yang nak aku kongsikan kat korang..
yelah..en hubby aku kan keje...
so duk rumah jer lah...
 korang pulak? ader citer menarik tak? kalau ade,
meh sine kita pakat kongsi ramai2 ciyer tuh...
my sis n my SIL pulak camner?



Thursday, March 3, 2011

another blogger in my family..:))

ha kali nih pun aku nak promot blog..
kali nih aku nak promot blog my SIL pulaks...
so this is my SIL..
meet her ..SHA IN DA HOUSE...

so korang jgn segan silu ek follow blog my SIl nih..
kita kagi gegar kat blog dia..hehe

ni ha blog si SHANAZ86 tuh...

Wednesday, March 2, 2011

oat dan jantung anda.. :))

tadi, masa otw nak balik ofis, aku pasang radio n dgr channel hot fm..
si fafu buat iklan pasal jantung sehat..
apa cerr?
haaaa..ni aku nak cakap sikit pasal jantung dan apa kaitan nya dgn oat...

Jantung lebih sihat dengan oat


PENYAKIT jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.

Meskipun banyak faktor menyumbang kepada penyakit jantung seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran, tabiat dan lain-lain, usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja tertakluk kepada pengamalan gaya hidup yang aktif.

Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung.

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?

Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.

Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.

Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.

Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.

Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

Untuk membuktikan hakikat ini, Quaker Oats, syarikat bijirin tertua di dunia telah melancarkan program Cabaran Jantung Sihat Quaker dengan syarikat penyiaran satelit terkenal ASTRO (2004) dan institusi kewangan Citibank (2005).

Kakitangan ASTRO dan Citibank telah dijemput menyertai cabaran ini dan mereka diberi sarapan 70g oat Quaker sehari selama satu bulan. Sarapan mereka disediakan dalam pelbagai cara dan gaya hidangan menggunakan emping oat Quaker sepanjang bulan.

Pada akhir bulan, ujian-ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa mereka berjaya menurunkan kolesterol mereka antara 0.1mmol/L dan 3.5mmol/L.

Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari.

Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya berhampiran.

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.

Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.

Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker.

Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!

Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!

Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.

Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Sempena Hari Jantung Sedunia yang diperingati di seluruh dunia pada 24 September. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!

Sumber: Utusan Malaysia 21.9.06


p/s: ha..korang..apa tunggu lagi..mulakan hari korang dgn OAT..
aku dah start dah..takut okeh bila dgr
muda2 dah dapat sakit jantung..
so lebih baik mencegah daripada mengubatkan...

Tuesday, March 1, 2011

she's a blogger too :)

dalam diam2 rupa2 nya kakak aku pun buat blog jugak tau..hehe
so ape kata kite kasi gegar kat blog dia..


ni ha blog si CHERRY BLOSSOM tuh..

she's new in blogging..

so sila lah jadi follower kakak aku nih...:))

najib_low pro.. (adik aku wey)

sorry tau..lama aku tak update..mak bz noks...
so korang apa cer?
kali ni aku nak story sikit pasal adik aku..


actually macam ni..last wiken aku balik kpg tau..
otw balik kpg tu, kitorang pasangkan radio..
then adik aku terus bukak channel cats.fm..
reader from swak sure tau channel apa tuh..
kalau korang nak tau, adik aku ada join carta CATS EXPOSE..
dah 8 minggu tau adik aku join carta tuh..
last wiken dia kat no 7...
ni ha lagu yang adik aku join utk carta tuh..



so enjoy da song peeps... :))